Followers

Saturday 29 March 2014

KAUM DUSUN SABAH

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang asal" Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun LiwanDusun TindalDusun PahuDusun LotudBagahakDusun LabukDusunKimaragangTagahasTangaraDusunRungus[1]Orang SungaiKuijauTambanuo, dan sebagainya.


Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan[2], mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.


Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.


Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.


Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

x

LIN DAN KING OF BADMINTON

 
Lin Dan 

 Nama Lengkap : Lin Dan Alias : Super Dan Profesi 
 Tempat Lahir : Longyan, Fujian, Cina
 Tanggal Lahir : Jumat, 14 Oktober 1983
 Zodiac : Balance 
 Warga Negara : Cina
 Istri : Xie Xingfang

 BIOGRAFI


        Lin Dan adalah pemain bulu tangkis profesional tunggal putra asal Cina. Ia dinobatkan sebagai pemain bulu tangkis terbaik yang pernah ada sepanjang masa, karena telah memenangkan seluruh kejuaraan bulu tangkis di dunia, seperti Olympic Games, World Championships, World Cup, Thomas Cup, Sudirman Cup, All England Open, Asian Games, dan Asia Championships. Namun kini ia berada di peringkat ke-2 setelah Lee Chong Wei sebagai pemain terbaik di dunia versi BWF (Badminton World Federation). Pria yang dijuluki Super Dan oleh penggemarnya ini diarahkan untuk belajar piano oleh orang tuanya ketika masih kecil. Akan tetapi ia lebih tertarik dengan bulu tangkis di usianya yang ke-5. Lin kemudian memasuki klub olahraga People's Liberation Army di usia 15 tahun. Ia sempat menjuarai Asian Junior Championships di kategori tunggal maupun ganda putra di tahun 2000. Setahun kemudian ia terpilih menjadi tim nasional bulu tangkis Cina (2001). Suami dari pemain bulu tangkis tunggal putri Cina, Xie Xingfang, ini telah menjadi Juara Dunia BWF selama 4 kali dari tahun 2007, 2009, 2010, 2011 dan juga meraih Medali Emas Olimpiade Beijing 2008. Lin pun menyabet 3 gelar Superseries di tahun 2011, yakni pada Korea Open, Hongkong Open dan China Open. Dengan total kemenangan 46 kali juara dan 17 kali runner-up, karier Lin Dan diperkirakan belum surut sampai di musim 2012 mendatang. Lin sempat menuai kontroversi dengan pelatihnya di kejuaraan Thomas Cup, dimana ia membantah pelatihnya, Ji Xinpeng, di depan rekan-rekan sesama pemain bulu tangkis dan para wartawan karena adanya perbedaan pendapat. Lin juga dikenal sebagai salah satu pemain yang kurang menghargai bentuk sportifitas. Demi mengejar target negaranya untuk meloloskan sebanyak mungkin atlet ke Olimpiade London 2012, ia sering walkover (mundur sebelum bertanding) di berbagai kejuaraan Superseries, terutama ketika melawan rekan senegaranya dari Cina. Misalkan pada Singapore Open, Lin Dan walkover dan menyerahkan gelar kepada Chen Jin. Namun ketika ia bermain di negara sendiri, ia tak mau kalah dan memenangkan 2 kejuaraan Superseries terakhir, yaitu China Open dan Hong Kong Open.

 PENGHARGAAN

Prestasi: 2002: Juara pertama di Korea Open 2003: Juara pertama di Denmark Open, Juara pertama -di Hong Kong Open, Juara pertama di China Open 2004: Juara pertama di Swiss Open, Juara pertama di All England Open, Juara pertama di Denmark Open, Juara pertama di German Open, Juara pertama di China Open 2005: Juara pertama di German Open, Juara pertama di Japan Open, Juara pertama di China Masters, Juara pertama di Hong Kong Open, Juara pertama di World Cup 2006: Juara pertama di All England Open, Juara pertama di Chinese Taipei Open, Juara pertama di Macau Open, Juara pertama di Hong Kong Open, Juara pertama di World Championships, Juara pertama di Japan Open, Juara pertama di World Cup 2007: Juara pertama di Korea Open, Juara pertama di German Open, Juara pertama di All England Open, Juara pertama di China Masters, Juara pertama di World Championships, Juara pertama di Denmark Open, Juara pertama di Hong Kong Open 2008: Juara pertama di Swiss Open, Juara pertama di Thailand Open, Juara pertama di Olympic Games , Juara pertama di China Open 2009: Juara pertama di All England Open, Juara pertama di World Championships, Juara pertama di China Masters, Juara pertama di French Open, Juara pertama di China Open 2010: Juara pertama di Badminton Asia Championships, Juara pertama di China Masters, Juara pertama di Asian Games 2011: Juara pertama di Korea Open, Juara pertama di German Open, Juara pertama di Badminton Asia Championships, Juara pertama di World Championships, Juara pertama di Hong Kong Open, Juara pertama di China Open Penghargaan: Nominasi Most Valuable Player (MVP) selama 2010 Asian Games in Guangzhou, Cina Nominasi 2010 atlet bulu tangkis terbaik di CCTV Sports Personality of the Year (16 Januari 2011).

Thursday 25 April 2013

BAJAU SABAH


PENGENALAN

          Kebiasaanya, apabila disebut suku kaum Bajau, kita akan segera terbayang bahawa sukubangsa peribumi yang mendiami kepulauan Filipina Selatan dan Sabah. Sebenarnya suku kaum Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk awal Nusantara yang menetap dari kepulauan Belau(PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar(Burma) di utara.

Selain itu, terdapat pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor.Ada juga yang mengatakan bahawa Bajau berasal dari kepulauan Riau –Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluki. Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau- Lingga atau Maluku, kawasan- kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang bergerak dari Yunan menuju kearah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500tahun sebelum masehi iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.

Oleh kerana itu, walaupun terdapat banyak pendapat yang mengkaji tetang kedatangan awal kaum Bajau ini, kini suku kaum Bajau telah berkembang dan telah menjadi suku kaum antara yang terpesar populasinya di Sabah.Suku kaum Bajau juga telah dikenali oleh masyarakat luar tentang kebudayaannya, adat yang ada pada suku kaum Bajau selain dari segi struktur masyarakatnya.



Ø  STRUKTUR MASYARAKAT
Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai timur sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Sabah dan sekitarnya. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di pesisiran pantai barat di samping menunggang  kuda dan Bajau di Pantai Timur Sabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
            Suku kaum Bajau dapat dibahagikan kepada dua suku kaum iaitu Bajau Laut dan Bajau Darat.Kedua-dua suku kaum ini turut dikenali sebagai Ubian(Bajau Laut) dan Bajau Samah(Bajau Darat).Sungguh pun kedua-dua suku kaum ini merupakan pecahan bagi kaum Bajau,terdapat banyak aspek yang membezakan kedua-dua suku kaum ini.Sebagai contoh ialah kawasan petempatan,bahasa pertuturan,budaya,dan kegiatan ekonomi.Di negeri ini,suku kaum Ubian ramai menetap di kawasan Pantai Timur Sabah seperti di Lahad Datu,Kunak dan Semporna.Selain itu,suku kaum ini juga terdapat di sebelah Pantai Barat Sabah seperti di Kg. Kuala Abai Kota Belud dan Kg. Landung Anyang Kudat.Bagi suku kaum Bajau Samah pula,suku kaum ini ramai terdapat di kawasan Pantai Barat Sabah seperti di Papar,Putatan,Tuaran,Kota Belud,Kota Marudu,dan Pitas.
            Dari aspek kawasan petempatan,suku kaum Ubian lebih cenderung untuk membuat kawasan petempatan di kawasan yang berhampiran dengan laut.Keadaan ini disebabkan suku kaum ini aktif dalam aktiviti kelautan seperti menangkap ikan dan hasil laut yang lain.Keadaan ini menyebabkan mereka lebih cenderung untuk memilih kawasan tersebut.Selain itu,kawasan tersebut juga dipilih untuk mereka menjalankan aktiviti pengeringan seperti pengeringan ikan masin.Hal ini kerana kawasan berhampiran laut mempunyai suhu yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti pengeringan ikan masin.Disamping itu,pemilihan kawasan ini juga bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti penyelanggaraan peralatan atau kapal laut mereka seperti membaiki pukat yang rosak.Contohnya ialah Kg. Kuala Abai Kota Belud.Bagi suku kaum Bajau Samah pula,suku kaum ini lebih cenderung untuk membuat petempatan mereka di kawasan Bentuk Muka Bumi(BMB) yang pamah dan mempunyai sumber air seperti sungai.Suku kaum ini terkenal dengan aktiviti pertanian seperti penanaman padi sawah.Disebabkan hal ini,mereka memerlukan sumber air untuk mengairi sawah mereka.Sebagai contoh ialah Kg. Taun Gusi, Kg. Sembirai dan Kg. Timbang Dayang Kota Belud.
NILAI DAN KEPERCAYAAN
Ø  ADAT KELAHIRAN
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.
·         Berpantang
Dalam adat berpantang bagi kaum bajau ini terdapat beberapa adat yang perlu diamalkan bagi bertujuan untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu.Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang tersebut termasuklah, Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelakWanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung. Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit ketimbaluan.
·         Menempah bidan
Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjada wanita hamil tersebut





·         Tanda Kelahiran
Apabila telah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang padi. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan menjadi milik anak yang akan diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir. 
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya, sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan tunas kelap tersebut. Lazimnya tanda kelahiran ini diadakan untuk menyambut anak pertama walaupun masih boleh diadakan anak–anak berikut.

·         Melenggang perut
Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di kalangan masyarakat Bajau.Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Cara adat ini dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung.

·         Semasa bersalin
Apabila telah tiba masanya si ibu mahu bersalin, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.

·         Potong tali pusat
Sewaktu hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara bidan pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses kelahiran itu tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-bahan tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi kepada bidan.

·         Menanam tembuni
Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh bidan sendiri.Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya.Di samping itu, tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi. Elepas kelahiran si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.

·         Berpantang
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru lepas bersalin. Antaranya ialah :
Si ibu tidak boleh makan makanan yang tidak berkhasiat.Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan.Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini.Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu untuk memulihkan kesihatan selepasa bersalin. Si ibu harus memakai sarung yang bewarna gelap, biasanya hitam, kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayinya.Si  jugaibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.

·         Naik Buai
Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan di kalangan masyarakat Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara melenggang perut. Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu yang hadir di majlis tersebut.

·         Menimbang bayi bulan safar 
Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka.Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut. Terdapat barangan tertentu yang digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah ;

Sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu akan dibalut dengan tujuh hasta kain putih. Batu-batu timbang yang terdiri daripada benda-benda berikut; sebekas air, seikat kayu yang sederhana besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda.

Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya de\ngan berat bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunating rambutnya.





















Ø  ADAT KEMATIAN

Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.

Masyarakat Bajau juga mempunyai adat tersendiri mengenai adat kematian menurut masyarakat Bajau selepas kematian, kepercayaan itu mengenai apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

·         Adat mengawal kubur
Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak memeluk agama Islam.  Namun demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun.  Adat paling menarik dalam budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur.   Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan dalam tempoh tersebut.   Masyarakat Melayu secara amnya percaya, akan musnah  semua organ dalam tubuh mayat dalam masa tujuh hari kerana perut yang semakin menggelembung akan bocor.  Sememangnya dalam kajian saintifik juga, mayat manusia akan reput sepenuhnya dalam masa tujuh hari. 

Masyarakat Bajau percaya “Balan-balan” merupakan sejenis lembaga yang berasal daripada manusia.  Menurut cerita orang tua-tua Bajau, “Balan-balan” terjadi apabila manusia itu salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan.  Tujuan ilmu ini adalah supaya sentiasa muda, cantik dan boleh hidup lama.  Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini hendaklah mengamalkan jampi mantera ilmu balan-balan selama empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut.  Kemudian, badan pengamal ilmu syaitan ini akan terasa panas dan miang.  Pada saat itulah, kepalanya akan tercabut dan terpisah dari tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut.

‘Balan-balan’ kelihatan sama seperti hantu ‘penanggalan’ atau ‘Tenggelong’ yang dikenali oleh kebanyakan orang Melayu.  Namun bezanya, tidak pernah ada kisah penanggalan atau Tenggelong menyerang mayat untuk mendapatkan makanan.  Dikatakan, sebenarnya balan-balan suka menjilat darah pada uri perempuan bersalin.  Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya, balan-balan akan menyerang dan menghisap darah manusia.  Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia, balan-balan akan menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu, terutama hati.Balan-balan dikatakan hanya terbang pada waktu malam dan bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang hari.  Dikatakan, cara untuk mengenalpasti balan-balan adalah dengan melihat pada matanya.  Mata balan-balan dikatakan sentiasa merah.  Untuk memastikan lagi, potonglah limau nipis sambil memperhatikan matanya.  Jika dia mengamalkan ilmu balan-balan, matanya akan berair.  Pengamal ilmu balan-balan juga tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana semua itu boleh mengakibatkan isi perutnya yang terburai itu tersangkut dan luka.  Justeru di halaman rumahnya tidak akan ada pokok yang berduri seperti pokok limau dan benda-benda tajam seperti buluh.

Berbalik pada adat mengawal kubur masyarakat Bajau, adat yang sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya masyarakat yang ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan.  Lelaki Bajau yang terdiri daripada saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh hari.  Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si mati.  Adat mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan pula apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau rasa takut.   Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal kubur adalah ‘pasang’ ,congkak, daun terup dan sebagainya. 

Bagi orang-orang tua Bajau, permainan-permainan ini sudah menjadi semacam ritual magis untuk menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa.  Orang luar pastinya berasa hairan apabila melihat adat mengawal kubur ini meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur.  Mereka bergurau senda dan berhibur sepanjang malam.  Namun setiap kebiasaan sesuatu masyarakat memang lazimnya dianggap luar biasa oleh masyarakat lain.  Itulah yang menonjolkan keunikan dan warna warni budaya masyarakat Melayu yang rencam.

























Ø  ADAT PERKAHWINAN
            Mengikut tradisi perkahwinan suku kaum Bajau,ibu bapa dikehendaki memilih pasangan hidup untuk anak mereka.Namun kini,anak mereka diberi peluang untuk membuat pilihan masing-masing untuk mencari calon pasangan mereka.Sungguh pun demikian,cara perkahwinan mereka tetap mengikut cara perkahwinan suku kaum Bajau Samah.Suku kaum Bajau Samah begitu terkenal dengan slogan ‘mangan nia mangan,asal jo kurung-kurung’  yang bermaksud ‘makan atau tidak makan,yang penting sama-sama berkumpul’. Keadaan ini menunjukkan wujudnya budaya bantu-membantu dan kerjasama erat dalam melaksanakan sesuatu majlis.Suku kaum Bajau Samah mempunyai Adat Istiadat Perkahwinan yang tersendiri.Walaubagaimana pun adat istiadat perkahwinan ini mempunyai sedikit persamaan dengan adat istiadat perkahwinan kaum Melayu.Hal ini dapat dilihat pada kronologi atau urutan sesuatu perkahwinan.
            Pada mulanya,wakil daripada pihak lelaki akan datang untuk berjumpa dengan keluarga pihak perempuan(seruan).Dalam majlis seruan ini,seseorang daripada wakil pihak lelaki akan memulakan kata bicara untuk merisik(tilau-tilau idaan) pihak perempuan sama ada perempuan sudah berpunya(berkahwin) atau masih belum.Pada kebiasaannya,kata-kata daripada pihak lelaki untuk mengungkapkan atau memberitahu hajat kedatangan mereka bukanlah secara terus, tetapi menggunakan puisi atau pantun yang berbunga-bunga.Dalam pada itu juga,wakil dari pihak lelaki dan pihak perempuan akan berbalas-balas pantun.Semasa seruan itu,pihak lelaki akan membawa bersama hantaran(berian) untuk pihak perempuan jika pinangan mereka diterima.Jika pinangan pihak lelaki diterima,mereka akan menentukan tempoh bertunang dan tarikh perkahwinan tersebut.Suku kaum ini biasanya melangsungkan majlis perkahwinan pada hari Sabtu dan Ahad.Apabila terikh perkahwinan itu tiba seperti mana yang telah dijanjikan,pihak lelaki akan memberikan wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan untuk membuat bersiapan perkahwinan dirumah pihak perempuan.Dalam majlis perkahwinan suku kaum Bajau Samah ini juga terdapat malam berinai seperti cara perkahwinan kaum Melayu.
            Selepas majlis perkahwinan berlangsung,pihak pengantin lelaki akan tinggal di rumah keluarga pengantin perempuan sekurang-kurangnya dua hari.Selepas itu,pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan diambil(ngendo) oleh keluarga dari pihak lelaki dan tinggal di rumah keluarga pihak lelaki sekurang-kurangnya dua hari.Selepas itu,mereka bebas untuk memilih tempat tinggal mereka sama ada tinggal di rumah keluarga pihak lelaki,pihak perempuan,atau tinggal di rumah mereka sendiri.

·         Merisik
Pada mulanya,wakil daripada pihak lelaki akan datang untuk berjumpa dengan keluarga pihak perempuan(seruan).Dalam majlis seruan ini,seseorang daripada wakil pihak lelaki akan memulakan kata bicara untuk merisik(tilau-tilau idaan) pihak perempuan sama ada perempuan sudah berpunya(berkahwin) atau masih belum.Pada kebiasaannya,kata-kata daripada pihak lelaki untuk mengungkapkan atau memberitahu hajat kedatangan mereka bukanlah secara terus, tetapi menggunakan puisi atau pantun yang berbunga-bunga.Dalam pada itu juga,wakil dari pihak lelaki dan pihak perempuan akan berbalas-balas pantun.Semasa seruan itu,pihak lelaki akan membawa bersama hantaran(berian) untuk pihak perempuan jika pinangan mereka diterima.Jika pinangan pihak lelaki diterima,mereka akan menentukan tempoh bertunang dan tarikh perkahwinan tersebut.

·         Meminang

Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan.Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan.Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan.Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semuabarang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan.Dalam majlis penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti.            

·         Malam berinai          
Mengikut adat perkahwinan suku kaum Bajau Samah,setiap perkahwinan suku kaum Bajau Samah akan melangsungkan majlis malam berinai seperti dalam majlis perkahwinan kaum Melayu.Pada malam tersebut,para imam akan datang untuk memimpin majlis tersebut dan diiringi dengan zikir dan selawat keatas Nabi.
























·         Majlis Perkahwinan


Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan.Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin.Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong, bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai runsai.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh  penari lelalki dan perempuan.

Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam.Pada hari perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian yang baru, selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera.Rambut pengantin perempuan dihiasi dengan serempak iaitu sejenis mahkota. Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang kuda ketika menuju ke ke diaman pengantin perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan bendera yang berwarna-warni.

Pengantin lelaki akan menunggu majlis akad nikah. Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki akan mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang.Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan. Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan.Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu.














Ø  PERAYAAN KAUM BAJAU
·         Perayaan Regatta Lepa

Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan.
Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau sebagai rumah mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar hidup di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air, kayu api dan upacara pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan lepa.
Biasanya sebuah lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai lima hingga enam orang. Setiap lepa yang didiami sesebuah keluarga Bajau menampilkan seni ukiran dan saiz yang berbeza di mana ia menggambarkan status keluarga tersebut. Lepa dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot. Biasanya Lepa diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah. Lazimnya, lepa berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai jenis ukiran dan warna.
Lepa merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Sejak kurun ke-14, ia merupakan pengangkutan utama untuk membawa muatan pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu, Borneo, Kalimantan. Catatan sejarah juga menunjukkan lepa telah digunakan oleh para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di rantau Asia Tenggara pada awal kurun ke-15.

Oleh itu, lepa dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati dengan adat dan tradisi Bajau Laut. Ia juga amat berpengaruh dalam perkembangan seni budaya tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Ia merupakan satu lambang keagungan dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari ini.Kini, kebanyakan masyarakat Bajau di kawasan berkenaan telah tinggal di darat. Walau bagaimanapun, budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman ini dipersembahkan dengan meriah dan gemilang dalam Perayaan Regatta Lepa untuk dihayati oleh masyarakat terutamanya generasi hari ini.
Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna dan boleh dianggap sebagai ‘hari raya’ mereka. Pada tahun 1994, perayaan Regatta Lepa mula diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya pada tahun 2003, Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia.
Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik.Lepa-lepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut.
Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu akan menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan perahu tercantik. Usaha menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan masa sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Lepa yang paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang Lepa Tercantik yang merupakan hadiah utama dalam perayaan ini.
Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu, tarik perahu secara berpasangan, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Selain itu, pada perayaan ini turut dipamerkan pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti aksesori wanita, pakaian tradisional, alat-alat tradisioanl dan lain-lain lagi.


























Ø  CARA PEMAKAIAN SUKU KAUM BAJAU


Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Bajau.Berdasarkan gambar, wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak.Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Manakala, pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran.Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.













Ø  MAKANAN TRADISI KAUM BAJAU
Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang.Ia juga boleh di makan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan. 

·         Kima

Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.

·         Sagol/Ѕenago

Sagol/Ѕenagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mud membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.
Terdapat dua jenis masakan sagol/Ѕenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah) dan sagol/Ѕenagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenarsagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.


·         Sunting Putu

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersamaSagol, Kima,Tehek-tehek, Тayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan lautSunting Tompe (Тinompeh)
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.
Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.






Ø  KESENIAN
Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai, Dalling – Dalling, Igal - Igal dan Runsai
·         Tarian Dalling-Dalling Βajau dan Іgal Іgal Вajau

Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan Іgal Іgal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi  Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan Ѕemporna.
Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.
Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.


·         Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud)

Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Kpta Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Selain tarian Limbai Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum bajau di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.


·         Kalang Mpat

Kalang mpat merupakan salah satu nyanyian rakyat yang dimiliki suku kaum Bajau. Di Borneo, orang-orang Bajau boleh ditemui di Sabah terutama di sepanjang pantai barat Sabah, bermula dari daerah Kudat sehingga ke Sipitang. Namun, tumpuan penelitian ialah di daerah Kota Belud yang didominasi oleh suku kaum Bajau. Suku kaum Bajau di daerah ini masih lagi mengekalkan budaya tradisi ekspresif yang hanya digemari oleh kalangan generasi tua sahaja. Memandangkan kalang mpat semakin tidak menarik perhatian generasi muda dan generasi tua yang mengetahuikalang mpat semakin berkurangan, maka kalang mpat menjadi salah satu tarikan budaya yang menarik.  Kalang mpatdicipta dalam susunan kata-kata yang padat mengikut peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan. Peraturan yang disusun misalnya, dari segi suku kata dan rima pada penghujung yang sesuai adalah berasaskan kepada keperluan pernyataan yang disampaikan secara lisan. Menerusi kalang, pemantunnya dapat menyampaikan pengajaran, sindiran, rasa hati, perasaan dan hiburan dengan cara yang berkesan. Penyampaiannya, dengan memilih kata-kata yang bersesuaian dan rima menarik boleh membawa pengertian mendalam kepada pendengar. Keseimbangan rima dan rangkap selalu ditekankan dalam pembinaan kalang. Dalam keadaan ini, pendengar dan pemantun dapat menilai dan membezakan antara kalang baik dan sebaliknya. Pemilihan dan susunan kata-kata yang memperlihatkan keseimbangan amat ditekankan kerana penciptaan sedemikian akan melambangkan keharmonian pemikiran ahli-ahli masyarakat tersebut. Berdasarkan contoh-contoh kalang yang diberikan, dapat diteliti rima akhir yang berbeza antara satu kalang dengan kalang yang lain, iaitu a-a-a-a; a-b-a-b.

Kalang dihasilkan secara spontan. Penciptaan sebegini lazimnya membawa pengertian mendalam yang disesuaikan dengan suasana tempat kalang dinyanyikan. Kebolehan menghasilkan kalang secara spontan serta dinyanyikan dengan iringan muzik merupakan satu kebolehan yang istimewa dan sangat dihargai pendengarnya. Susunan struktur pantun itu sebagaimana puisi-puisi tradisional lain menekankan keindahan susunan bunyi yang disampaikan secara lisan. Dalam proses kreativiti (mencipta dan menghasilkan) kalang, penciptanya sering melihat kepada latar belakang mereka sebagai petani. Pekerjaan ini telah mengundang mereka untuk menyatukan unsur-unsur pengetahuan, pengalaman mereka mengharungi hidup, suasana alam sekitar sebagai latar belakang kalang. Jika diperhatikan dengan teliti, terpancar kandungan pemikiran yang tersirat di sebalik bait-bait puisi tradisi ini. Kalang yang disertakan berhasil memperlihatkan nilai-nilai muafakat, kesabaran, rendah diri, persaudaraan, keprihatinan, kerjasama dan sikap tolong-menolong di kalangan ahli-ahli masyarakat ini. Sesungguhnya, kalang-kalang tersebut memperlihatkan watak manusia penciptanya. Di dalamnya, terkandung bentuk kegembiraan, kesedihan dan nilai-nilai murni dalam diri manusia penciptanya. Selain itu, penciptanya juga turut menyerlahkan keindahan jagat raya ke dalam kalang-kalang ini. Keindahan tersebut waima berunsurkan flora atau fauna jelas tergambar dalam setiap bait kalang itu. Keadaan ini membuktikan bahawa latar diri penciptanya begitu akrab dengan alam sehingga tidak dapat memisahkan setiap inci alam daripada kalang.

Pencipta kalang lazimnya amat peka dengan susunan atau peredaran yang dapat diteliti dari keharmonian dan keseimbangan alam sekitar. Melaluinya mereka dapat menghayati kehalusan dan keindahan alam ciptaan Tuhan. Suasana kehalusan dan keindahan alam sekitar ini dapat memberikan inspirasi yang mempengaruhi rasa hati dan perasaan anggota-anggota masyarakat untuk dinyatakan pula dalam kehidupan harian mereka. Keindahan dan kehalusan budi yang dicipta dan dihasilkan dalam kalang itu disampaikan pula dalam bentuk tradisi budaya ekspresif. Dengan menyampaikan kalang dalam konteks budaya ekspresif itu bermakna keindahan dan kehalusan kalang itu dapat dihayati bersama secara lebih mendalam dan bermakna. Melalui budaya ekpresif itu, anggota-anggota masyarakat dapat merasai keindahan, di samping memberikan mereka hiburan.
Melalui kalang mpat, kita mampu mengesan beberapa unsur yang terselindung di sebalik nyanyian ini. Unsur-unsur tersebut merupakan antara teknik penciptaan dan penyampaian yang dilakukan oleh penyanyinya agar setiap baitkalang itu dapat dinikmati keaslian dan keindahannya oleh pendengar. Secara tidak langsung, tradisi berkalang dalam masyarakat Bajau adalah gabungan antara teknik penyampaian dan proses interaksi penyanyi-pendengar yang telah berlaku sejak sekian lama.















Ø  ALAT MUZIK
            Alat muzik ini akan dimainkan selama majlis perkahwinan berlangsung.Antara alat muzik yang dimainkan semasa majlis ini ialah Gendang,gong,Bebandil, dan Kulingtangan.Keempat-empat alat muzik ini berfungsi sebagai satu dalam majlis tersebut.Jika terdapat salah satu alat muzik ini tidak digunakan,bunyi Bertitik ini akan berubah(sumbang).Alat muzik ini akan dimainkan oleh mereka yang mahir menggunakan.Permainan muzik ini dipanggil Bertitik.Permainan muzik ini berfungsi sebagai tanda atau syarat untuk memberitahu penduduk kampung terhadap majlis yang sedang berlangsung.Selain itu,permainan ini akan dimainkan pada petang sebelum malam beinai,semasa malam berinai berlangsung,dan semasa majlis persandingan berlangsung.Walaubagaimana pun,Bertitik ini tidak akan dimainkan apabila terdapat kesusahan atau kematian di dalam kampung tersebut sehingga tempoh kematian telah berlalu selama 40 hari.






KESIMPULAN

            Kesimpulannya,kini suku kaum Bajau telah berkembang dan telah menjadi suku kaum antara yang terpesar populasinya di Sabah. Suku kaum Bajau juga telah dikenali oleh masyarakat luar tentang kebudayaannya, adat yang ada pada suku kaum Bajau selain dari segi struktur masyarakatnya.Oleh itu, bagi mengekalkan adat kaum Bajau ini, setiap labisan masyarakat Bajau harus mengamalakan adat ini dengan memahami adat resam dengan menganalisis aspek-aspek penting di dalamnya.